Menurut AirAsia, tempahan penerbangan tidak akan tersedia semasa tempoh naik taraf ini bermula pukul 2.00 petang pada Sabtu, 16 Februari 2019 hingga pukul 3.00 pagi pada Ahad, 17 Februari 2019 melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

“Para tetamu juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.

“Semua tetamu yang bakal membuat perjalanan dalam tempoh ini dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbangan atau mengunakan pas masuk elektronik jika tersedia. Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Para tetamu juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk promosi dan aktiviti terkini, atau hubungi bahagian khidmat pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com untuk sebarang pertanyaan.