Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata, AirAsia kini menawarkan tambang sehala istimewa termasuk semua untuk ahli BIG bermula RM90.

Katanya, tambang promosi tersebut boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos bagi tempoh perjalanan 2 November hingga 29 Mac 2019.

“Ahli BigPay boleh menikmati sifar caj pemprosesan apabila membayar menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 mata ganjaran BIG.

“Phu Quoc merupakan laluan ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Empat laluan sedia ada adalah Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang,” katanya dalam majlis pelancaran laluan baharu ke Phu Quoc di sini hari ini.

Tambah Spencer, AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat penerbangan ASEAN pihaknya komited untuk membawa lebih banyak pelawat datang ke rantau berkenaan.