Pada Mac lalu, anak syarikat milik penuh AirAsia. Asia Aviation Capital Ltd, mengumumkan untuk menjual operasi pajakan pesawatnya kepada BBAM Limited Partnership.

Bagaimanapun, terbaharu, AirAsia berkata, rancangan memajak pesawat itu tidak akan berlaku kerana perjanjian berkenaan kini telah luput.

“Meskipun begitu, pemindahan pesawat untuk unit BBAM terdiri daripada FLY SPA, Incline B SPA dam Herondell SPA sudah selesai,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE