Usaha tersebut dikatakan sudah digerakkan tetapi terhenti seketika buat masa ini kerana ada pihak dalam kalangan mereka yang menguasai saham majoriti KUB menentang penjualannya kepada bukan bumiputera.

Sumber yang dekat dengan isu berkenaan memberitahu, mengikut harga semasa, nilai saham KUB adalah 72 sen, tetapi cuba dijual pada harga 64 sen kepada individu terbabit dan bayaran dijanjikan adalah secara tunai.

"Hal ini membangkitkan rasa tidak selesa beberapa pihak kerana jika terlepas kepada bukan Melayu, ia akan menyebabkan satu lagi mercu tanda keusahawanan Melayu akan lenyap, biarpun pihak tersebut ada alasannya tersendiri.

"Justeru, ada tawaran balas dari pihak yang mahu melihat KUB kekal dimiliki orang Melayu pada harga 68 sen sesaham tetapi setakat ini, keputusan belum dicapai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 4 Januari lalu, Bernama melaporkan, Anchorscape Sdn. Bhd., iaitu pemegang saham majoriti KUB telah menerima pertanyaan daripada beberapa pihak yang berminat untuk memiliki sebahagian kepentingan syarikat itu dalam kumpulan berkenaan. - UTUSAN ONLINE