Abdul Fattah Abdullah
Abdul Fattah Abdullah

Presiden ACO, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tersebut adalah untuk menawarkan inovasi berpusatkan pelanggan dan usaha meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat negara ini.

“Aplikasi Eazy Untung ini merupakan program rebat dan kesetiaan ganjaran yang boleh dimuat turun secara percuma dengan memberi banyak manfaat kepada ahlinya.

“Kerjasama dengan VFTech ini telah menciptakan satu usaha membawa ACO terutama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam perniagaan secara global melalui platform digital,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Angkasa dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Dunia Ais Berhad, Syed Syahrulazman Syed Abdullah dan Pengerusi VFTech Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ace Wong. - UTUSAN ONLINE