Pengerusi ACMF, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, AGBS yang diwujudkan secara bersama oleh ACMF dengan Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA) adalah berdasarkan Prinsipal Bon Hijau ICMA bagi memenuhi keperluan dan komitmen ASEAN.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berkata, AGBS dikhususkan untuk projek selain projek bahan api fosil dengan hanya pengeluar dan projek yang berada di ASEAN boleh menggunakan label standard tersebut.

“ASEAN harus berkembang dengan cara yang bertanggungjawab dan mapan serta menyokong usaha bagi memelihara alam sekitar.

“AGBS akan membantu peruntukan sumber ke arah pelbagai pelaburan mesra iklim dan persekitaran,” katanya dalam Persidangan Pasaran Modal ASEAN di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE