Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

R.Sivalingam (duduk kiri) dan Aliya Dauletovna menandatangani
R.Sivalingam (duduk kiri) dan Aliya Dauletovna menandatangani memorandum persefahaman dengan disaksikan (dari kiri) R. Petrus (kiri), Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman (dua dari kiri) dan Smanov Kainazar Dosibekuli di Pavilion Malaysia, Astana Ekspo 2017, Kazakhstan, semalam.

ASTANA 8 Sept. – AccoBiotech Sdn. Bhd. syarikat pengeluar kit ujian diagnostik perubatan, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MediLab LPP bagi memasarkan kit ujian tersebut di Kazakshtan.

Ini merupakan kerjasama pertama MediLab, anak syarikat Mediker Group, sebuah syarikat penjagaan kesihatan swasta terbesar di Kazakhstan dengan syarikat dari Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AccoBiotech, R. Sivalin­gam, menerusi kerjasama itu pihaknya menyasarkan perolehan antara AS$30 juta (RM125.88 juta) dan AS$50 juta (RM209.79 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau menjangkakan kit ujian itu akan berada di pasaran Kazakshtan awal tahun hadapan selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada pihak berkaitan di negara tersebut.

“Kami masih menunggu kelulusan pendaftaran daripada pihak kawal selia di Kazakhstan yang dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU tersebut di sini hari ini.

Ia ditandatangani oleh Sivalin­gam dan Pengarah MediLab, Aliya Dauletovna dengan disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman di Pavilion Malaysia sempena Astana Ekspo 2017.

Menerusi MoU itu, MediLab akan memasarkan kit ujian tersebut yang boleh digunakan untuk mengesan beberapa jenis pe­nyakit seperti HIV, H1N1, denggi, malaria, hepatitis C dan influenza A/B hanya dalam masa beberapa minit.

Sementara itu, menurut Pengarah AccoBiotech, Datuk R. Petrus, Kazakhstan adalah negara keempat syarikat itu mengeksport kit ujian tersebut selepas Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Dalam pada itu, Penasihat MediLab, Smanov Kainazar Dosibekuli berkata, permintaan terhadap kit ujian itu untuk pasaran Kazakhstan adalah tinggi.

Pihak syarikat, jelas beliau, akan turut mengedarkan kit ujian itu ke negara jiran termasuk Rusia, Sepanyol, Kyrgyztan, Belarus, Turkmenistan dan Uzbekistan. – Utusan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain