aziz sheikh fadzil
Abd Aziz Sheikh Fadzir

Menurut UMMB, pelantikan baharu itu dibuat selepas lebih dua minggu peletakan jawatan secara sukarela membabitkan empat pengarah termasuk bekas pengerusi, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Empat lagi pengarah yang meletakkan jawatan ialah Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Jamalul Kiram Mohd. Zakaria dan Mohd. Yusof Abu Othman serta Datuk Md. Afendi Hamdan.

“Abd Aziz, 55, merupakan Pengerusi Eksekutif Kretam Holdings Bhd. dan ketika ini beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Gold Bridge Engineering & Construction Bhd.

“Beliau sebelum ini ialah Pengarah Destini Berhad mulai 2017 hingga Mei 2018,” demikian menurut UMMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Abd Aziz ialah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Indiana University, Indiana, Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, peletakan jawatan lima pengarah tersebut dibuat selaras dengan pelan penstrukturan keseluruhan kumpulan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tiga lagi lembaga pengarah sedia ada ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Tan Sri Ismail Yusof.

Saham UMMB tidak diniagakan hari ini. Kali terakhir kaunter ditutup pada 23 sen dengan modal pasaran berjumlah RM25.47 juta. - UTUSAN ONLINE