Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

75 peratus saham patuh syariah

PESERTA yang hadir di Simposium Saham  Utusan 2017 di Dewan Besar Utusan di sini, hari ini. 2
PESERTA yang hadir di Simposium Saham Utusan 2017 di Dewan Besar Utusan di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Sekuriti patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia merekodkan peningkatan kepada 75.1 peratus bersamaan 678 kaunter daripada sejumlah 901 sekuriti berbanding 71.3 peratus pada November 2013.

Pengurus Shariah & Gover­nan­ce of Islamic Capital Market, Bursa Malaysia Berhad, Muhammad Hasanan Yunus (gambar) berkata, peningkatan positif itu dalam masa sama memperlihatkan pilihan yang banyak buat para pelabur.

Katanya, pelaburan saham patuh syariah yang terbuka kepada semua kaum itu bagaimanapun menyaksikan kadar sambutan dalam kalangan orang Islam atau bumiputera adalah rendah.

Jelas beliau, golongan berke­naan masih lagi takut dengan risiko pelaburan saham yang tinggi seterusnya lebih memilih untuk melabur dalam dana-dana lain serta pelaburan berunsur sindiket penipuan.

“Ia merupakan satu kerugi­an sekiranya orang ramai tidak mengambil peluang untuk mela­bur di dalam saham patuh syariah ini yang memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan pasaran modal Islam.

“Berdasarkan pergerakan indeks misalnya, prestasi indeks patuh syariah adalah lebih bagus berbanding yang tidak patuh syariah,” katanya kepada pemberita sempena Simposium Saham Utusan 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Ha­sa­nan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Jom melabur syariah di Bursa Malaysia-i’.

Bursa Malaysia-i, platform pertukaran sekuriti Islam bersepadu telah dilancarkan tahun lalu bertujuan meningkatkan jumlah pasaran dan organisasi berasaskan Islam di seluruh rantau ini dan secara global.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain