1. Harus kawal emosi

“Orang ramai terutama golo­ngan wanita disaran untuk me­ngawal emosi dan menjadi lebih bijak ketika berbelanja. Usaha itu akan membantu membina asas kewangan yang kukuh pada masa depan.”

2. Impian mesti besar

“Impian mesti besar namun ia harus mempunyai matlamat termasuk angka dan jangka masa. Contohnya dengan me­nyasarkan untuk memiliki dua buah rumah dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.”

3. Ada matlamat kewangan

“Sentiasa mempunyai matlamat kewangan. Anda seharus­nya lebih berwawasan dengan meletakkan sasaran angka simpanan kewangan tertentu apabila umur mencecah sesuatu tahap yang ditetapkan.”

4. Disiplin menyimpan

“Sangat penting bagi seseorang untuk sentiasa berdisiplin dalam menyimpan. Ia akan me­ngukuhkan kuasa membeli anda saban hari sekali gus mempermudahkan urusan menjadi pelabur hartanah.”

5. Bangkit berniaga

“Orang yang berniaga mampu memperoleh pendapatan berkali ganda kerana terdapat banyak saluran berbanding mereka yang bekerja makan gaji. Ilmu dan pengalaman juga akan banyak membantu anda.”

6. Konsisten bayar cukai, zakat

“Sentiasa bersedekah. Sebelum berhasrat untuk menjadi pelabur hartanah, anda harus mempunyai niat untuk membayar cukai dan zakat dengan setiap pendapatan daripada urus niaga hartanah.”

7. Bina kuasa membeli, memegang

“Anda harus menyusun profil kewangan dengan lebih menarik supaya berupaya mempunyai kuasa untuk membeli dan memegang dalam sektor hartanah kerana ia melibatkan angka-angka yang besar.”