"Bank itu memaklumkan bahawa pada hujung minggu, memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

"Selain memastikan sistem itu kini dapat menampung kata laluan yang melebihi lapan aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha pada CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukan bot," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia susulan berita di media sosial yang mendakwa portal perbankan dalam talian itu kurang terjamin. Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-6204 7788. - Bernama