Azwan Khan Osman Khan
Azwan Khan Osman Khan

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan berkata, jumlah pendapatan juga meningkat 0.7 peratus kepada RM1.621 bilion meskipun berdepan keadaan industri semasa yang mencabar.

"Kami memperlihatkan pertumbuhan yang mantap serta berjaya mengukuhkan kedudukan dalam pasaran sekali gus menunjukkan tanda-tanda penstabilan yang positif dalam industri yang semakin tepu ini.

"Kami juga telah menambahbaik pendekatan untuk memenuhi kehendak pengguna dengan menyelaraskan pengurusan kewangan dan operasi," katanya dalam taklimat media perniagaan suku kedua Celcom di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE