Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

YPC rai 261 pelajar bumiputera cemerlang

SYED ALI ALHABSHEE (belakang) bersama pelajar dalam Majlis Anugerah
SYED ALI ALHABSHEE (belakang) bersama pelajar dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2015 di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 30 Mac – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 261 pelajar bumiputera sekolah angkatnya yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Kolej Antarabangsa YPC di sini hari ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, anugerah berbentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) yang keseluruhannya berjumlah RM50,000 ini sebagai insentif dan galakan serta suntikan motivasi untuk pelajar cemerlang itu terus berjaya pada masa depan.

“Hadiah dalam bentuk SSP ini bagi menggalakkan dan mendidik pelajar menabung sebagai simpanan masa depan di samping menyediakan peluang memenangi cabutan bertuah, bagaimanapun mereka boleh menebus SSP dengan wang tunai pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2015, di sini hari ini.

Pelajar cemerlang SPM yang memperoleh keputusan tujuh A dan lebih menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 (RM100 hingga RM200) manakala UPSR pula RM40 (4A) dan RM50 (5A).

Selain itu, dalam majlis sama, YPC turut menyampaikan sumbangan kepada 14 sekolah angkatnya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain