Pengerusi Badan Amal Kasi Ibu Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki berkata, sumbangan itu diberikan bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 (SHWP2018).

“Sumbangan itu akan diberikan dalam bentuk tunai kepada dua buah pusat tahfiz iaitu Maahd Al-Quran Al-Badr dan Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al-Ummi sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Sumbangan itu juga boleh digunakan bagi membuat penambahbaikan kecil seperti menaik taraf sistem keselamatan serta kebersihan bangunan di pusat tahfiz berkenaan,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YKB, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican dan Ketua Wanita UMNO Labuan, Datuk Aini Safar.-

UTUSAN ONLINE