Siti Halimah Karimun, 82, berkata, sebelum itu dia ternampak seekor ular masuk ke rumahnya pagi kelmarin namun lega selepas melihat ular tersebut keluar dari rumahnya.

Bagaimanapun, Siti Halimah yang tinggal bersendirian terkejut apabila melihat seekor ular masuk semula ke rumahnya petang semalam.

“Anak lelaki saya kemudiannya menghubungi Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Hasil pemeriksaan, anggota APM menemukan seekor ular yang sedang bertelur di bawah simen dalam rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE