Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Sultan Nazrin rasmi Loji Rawatan Air Kampung Senawar

Sultan Nazrin rasmi Loji Kd. Senawar 2
SULTAN PERAK, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan gimik pelancaran dan menandatangni plak ketika berangkat ke Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Kg. Senawar hari ini. - UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ

KUALA KANGSAR 14 Mac - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Loji Rawatan Air Kampung Senawar yang berharga RM46.2 juta di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Loji rawatan air tersebut dibina pada Ogos 2014 dan siap pada April tahun lalu menggunakan proses rawatan air berteknologi terkini dikenali inclined plates yang menjimatkan saiz struktur tapak.

Loji Rawatan Air Kampung Senawar turut dilengkapi dengan sistem scada iaitu pengawalan dan pemantauan keselamatan operasi.

Dengan siapnya loji rawatan air tersebut, ia dapat menampung permintaan bekalan air semasa di bandar Kuala Kangsar 43 juta liter sehari. - UTUSAN ONLINE


Video oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain