Baginda bertitah, dalam era kehidupan masa kini yang dikelilingi gejala fitnah, ilmu syariat Islam adakalanya tidak dapat dipastikan keasliannya.

“Diharap tanggungjawab (me­nangkis penipuan) ini dapat dipikul atau paling kurang pun dimulakan semangatnya oleh Pusat Pembelajaran Sunnah,” titah baginda ketika melancarkan pusat berkenaan.

Yang berkenan berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Video oleh MUHAMMAD IQBAL ROSLI

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia negeri, Khairi Hassan dan Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Pusat Pembelajaran Sunnah yang memberi tumpuan pengajian ilmu dan kitab turath secara talaqqi (berdepan dengan guru) itu adalah pusat pertama seum­pamanya di negara ini yang menjalankan pengajian ala pondok secara lebih sistematik dan teratur.

Pengajian yang diberikan secara percuma itu terbuka kepada semua individu berminat termasuk di luar negeri ini, malah diberi sijil setelah tamat sesuatu kitab dengan kehadiran lebih 80 peratus.

Sementara itu Mohd. Asri ketika ditemui memberitahu, syariat Islam yang tidak jelas dan berbentuk andaian boleh diperbe­tulkan apabila umat Islam kembali kepada sumber rujukan asal.

“Maka sebab itu, kita sedang menghidupkan semula sebahagian kitab bahasa Arab dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebagai rujukan,” katanya.