Kejayaan itu sekali gus membolehkan agensi berkenaan mendapat pengiktirafan sebagai Acara Penanaman Terumbu Karang Terbesar dalam majlis yang diadakan di Taman Laut Pulau Redang di sini.

Penyerahan sijil MBOR itu disampaikan wakilnya, Lee Pooi Leng kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut, Datuk Dr. Sukarno Wagiman.

Program Restorasi Karang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan jabatan itu selaras usaha memulihara ekosistem terumbu karang.

Selain Pulau Redang, program itu turut diadakan di Taman Laut Pulau Perhentian, Terengganu; Pulau Tinggi, Johor; Pulau Tioman,Pahang; Pulau Payar, Kedah dan Pulau Rusukan Besar, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kira-kira 200 orang sukarelawan menyelam terlibat dalam Program Restorasi Karang di kesemua kawasan tersebut.-UTUSAN ONLINE