Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] PPR Lembah Subang 1 ibarat lembah 'neraka'

KEADAAN bangunan yang jijik dan dipenuhi dengan lumut-lumut hijau 3
KEADAAN bangunan yang jijik dan dipenuhi dengan lumut-lumut hijau di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya. - UTUSAN ONLINE

PETALING JAYA 17 Mac - Jelik, jijik, kotor dan berbau. Itulah perkataan sesuai menggambarkan keadaan yang menghantui kira-kira 12,000 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, di sini sejak lima tahun lalu.

Selain isu perparitan dan kumbahan, turut dihadapi penduduk adalah sampah, lif rosak, longkang, haiwan perosak dan rumah terbiar yang dijadikan sarang maksiat.

Lebih malang dan semakin parah apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib meskipun aduan dikemukakan beberapa kali.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan Lembah Subang, Mazlan Md. Yunus berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab menyelesaikan pelbagai isu yang timbul menyebabkan penduduk terus diancam masalah kesihatan dan keselamatan.

“Perumahan lapan blok yang mengandungi 3,004 unit itu turut dikenal pasti sebagai lokasi hot spot denggi di Selangor. Keadaan ini benar-benar membimbangkan penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini - UTUSAN ONLINE


Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain