Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] PM serah kunci 1Razak Mansion hari ini

KEDIAMAN baharu  1Razak Mansion,  Kuala Lumpur lebih selesa dan 3
KEDIAMAN baharu 1Razak Mansion, Kuala Lumpur lebih selesa dan kondusif.

KUALA LUMPUR 14 Mac – Senyuman terukir bagi sebilangan penduduk asal Perumahan Awam Razak Mansion apabila hasrat menduduki rumah yang lebih selesa akhirnya tercapai apabila mereka bakal me­nerima kunci rumah baharu esok.

Lebih bermakna majlis penye­rahan kunci 1Razak Mansion itu bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Projek yang menelan kos sebanyak RM150 juta itu antara bukti kerajaan sentiasa menepati setiap apa yang dijanjikan demi kesejahteraan rakyat.

Seorang penduduk Sapiah Jantan, 65, melahirkan rasa syukur dan gembira kerana penantiannya untuk mendiami rumah lebih luas dan selesa berakhir.

Menurutnya dia sememangnya tidak sabar untuk menanti hari esok.

“Kami bukan sahaja tidak sabar menerima kunci rumah baharu, tetapi juga tidak sabar bertemu Perdana Menteri yang selama ini begitu prihatin dan mengambil berat,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Tambahnya, pemba­ngunan semula yang dilaksanakan sangat memberi makna terutama kepada golongan berpendapatan rendah di ibu kota. Seorang lagi penduduk, Syafirah Salwa Syed Mohamad, 66, berkata, projek tersebut bakal mengubah gaya hidup penduduk setempat ke arah yang lebih baik.

“Kalau kita lihat sendiri, suasana rumah baharu adalah lebih selesa dan bercirikan moden berbanding rumah lama.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin.” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain