Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Penduduk PPR Lembah Subang 1 sangkal dakwaan Azmin Ali

YUSOFF HM HANIFF (tiga dari kiri) bersama kira-kira 50 penduduk
YUSOFF HM HANIFF (tiga dari kiri) bersama kira-kira 50 penduduk PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, hari ini dalam sidang akhbar menyangkal dakwaan Mohamed Azmin Ali berhubung isu pencerobohan KPKT di kawasan perumahan mereka. - NIK HAFIZUL BAHARUDDIN/UTUSAN ONLINE

PETALING JAYA 16 Mac - Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, di sini menyangkal dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kawasan perumahan itu diceroboh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Lembah Subang, Datuk Yusoff Hm. Haniff mendakwa, sebaliknya kenyataan Menteri Besar Selangor itu hanya syok sendiri dan bersifat politik semata-mata.

Menurutnya, sedangkan kerajaan Selangor didapati gagal dalam mengurus tadbir perumahan yang mempunyai 3,004 unit tersebut termasuk urusan penyelenggaraan.

“Penduduk bersyukur apabila KPKT ingin menghulurkan tangan membantu menamatkan kesengsaraan sepanjang sembilan tahun rakyat di sini hidup dalam keadaan daif tetapi cuba digagalkan kerajaan Selangor,” katanya dalam sidang akhbar bersama kira-kira 50 penduduk PPR Lembah Subang 1 hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain