Pendekatan yang dirintis oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan sokongan pihak sekolah berkenaan bertujuan mendidik mereka dalam peringkat usia awal itu agar lebih berdi­siplin dalam pengurusan masa yang penting dalam mencorak kehidupan kelak.

Sebanyak enam mesin pera­kam waktu ditempatkan dengan kos RM6,000 untuk kegunaan murid tahun satu hingga enam yang keseluruhannya seramai 821 orang.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin menyambut baik langkah itu yang dianggap praktikal buat murid-murid kerana secara tidak langsung mereka disedarkan tentang kehadiran mereka setiap hari menepati masa atau tidak.

“Walaupun ia bukan perkara yang diwajibkan tetapi jika mendapat sokongan dan persetujuan daripada PIBG maka kita menggalakkan mana-mana sekolah untuk turut berbuat demikian,” ujarnya selepas merasmikan peng­­gunaan mesin perakam waktu itu pagi ini.


Video oleh AZLAN BAHARUM

Yang hadir sama, Guru Besar SK Kompleks Gong Badak, Zam Zam Mohamad @ Jusoh dan Pengerusi PIBG, Mohd. Zamzaini Zolkeffli.

Katanya, setiap murid perlu merekodkan kedatangan dan kepulangan mereka setiap hari yang turut memberikan kemudahan kepada pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya ada masalah berbangkit.

Sementara itu, Mohd. Zam­zaini berkata, idea bgi menyediakan kemudahan itu tercetus semasa mesyuarat PIBG Februari lalu setelah pihaknya mendengar rungutan guru-guru mengenai kelewatan murid ke sekolah.

“Masalah kelewatan murid tidak begitu serius di sini, dan kita percaya langkah ini dapat menjadi petunjuk prestasi murid yang boleh dikaitkan de­ngan pres­tasi akademik mereka,” ujarnya.