Video oleh GHAZALI BASRI

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, kompleks sukan berkenaan merupakan antara 14 kompleks sukan baharu yang akan dibina kerajaan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018.

Beliau berkata, pelbagai kemudahan akan disediakan dalam kompleks berkenaan dengan mengambil kira keperluan penduduk setempat.

"Kita belum menentukan lagi bila projek ini bermula, namun pembinaan kompleks di atas tanah seluas enam hektar ini akan mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Townhall Bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di sini hari ini.

Program itu diadakan sempena Fiesta Sehati RTM @ AKOK 25.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman. - UTUSAN ONLINE