Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr. Sahruddin Jamal berkata, tindakan penutupan klinik berkenaan adalah hasil aduan orang awam.

Menurutnya, dalam tempoh penutupan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan melakukan pemeriksaan sebelum dapat beroperasi semula.

“Maknanya di klinik itu daripada segi cara jarum dilupuskan, penggunaan ubat-ubatan yang sudah luput tarikh....kesalahan itu lebih kepada kebersihan dan keselamatan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik itu.

“Dalam 21 hari kita akan periksa balik dan lihat sama ada mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan atau tidak sebelum kita benarkan ia beroperasi semula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 52(2) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998 (Akta 586). - UTUSAN ONLINE