Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini sekali gus dapat menjadikan program yang julung kali diadakan itu sebagai acara tahunan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

“Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan Wilayah Persekutuan melalui aktiviti kebudayaan, pengembaraan dan alam sekitar untuk meningkatkan pengetahuan serta pemikiran kreatif para peserta,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan KL Rush Explorace 2017 di Menara Kuala Lumpur, di sini.

Pada program itu, kumpulan GKL muncul sebagai juara pertandingan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan hamper.

Seramai 600 peserta mewakili 150 kumpulan mengambil bahagian dalam acara yang bermula di Menara Kuala Lumpur dan bergerak ke beberapa lokasi antaranya Muzium Negara, Taman Botani Perdana dan Dataran Merdeka dengan hadiah keselurahan ditawarkan bernilai kira-kira RM10,000. - UTUSAN ONLINE