Upacara pengkebumian itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk isteri Zaquan iaitu Ayu Raudhah, keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Yang turut hadir beberapa rakan pemain bola sepak antaranya Farizal Marlias dan Azamuddin Akil.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pukul 4 petang semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham telah dikafankan di rumahnya di Taman Rashibah Indah sebelum dibawa ke surau taman itu untuk disembahyangkan. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD. RAZAK AID