Mereka terpaksa memberi perhatian penuh ketika melalui Jalan Pandan, Jalan Belangkas, Kampung Pandan Dalam dan Jalan Kampung Pandan bagi menggelakkan terdedah dengan risiko kemalangan.

Kerosakan tersebut dipercayai berpunca daripada korekan utiliti tidak diturap dengan sempurna oleh pihak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu membaik pulih segera laluan seliaan mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - UTUSAN ONLINE