Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman seterusnya mengalu-alukan usaha FAMA itu dalam usaha meringankan beban rakyat menerusi program JBD yang menawarkan penjimatan harga jualan antara lima hingga 20 peratus bagi barangan runcit, ayam, ikan, buahan dan sayuran.

Selain program JBD, pengisian program lain antaranya jualan my best buy, karavan tani dan food truck, program free market, cualan car boot sale, pertandingan masakan, jualan pelbagai produk industri asas tani Terengganu dan agihan bubur jagung secara percuma.

Dalam pada itu, Ahmad Razif bersama isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria sempat meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung ketika mengadakan lawatan kerja Walk About ke tapak Pasar Tani Mesra Rakyat Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini petang semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga Penyelaras DUN Seberang Takir, Datuk Basir Ismail; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT, Samiun Salleh dan Pengarah FAMA Terengganu, Zaimi A. Razak.-UTUSAN ONLINE