Piawaian itu telah diterima dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam rantaian pemasaran melibatkan petani, pemborong, peruncit dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, dengan adanya FAMA Standard itu, beliau yakin akan memberi kepercayaan kepada para pengguna, peruncit dan pemborong harumanis.

"Kita yakin piawaian ini akan menjamin kualiti dan memastikan hanya harumanis yang berkualiti dan bermutu tinggi berada dalam pasaran sekali gus memberi kepuasan kepada pengguna.

"Bagi tujuan ini, FAMA akan menggalakkan pengusaha, peruncit dan pemborong menggunakan pelekat Harumanis (HM) Perlis pada buah sebagai satu jenama untuk memberi keyakinan kepada pengguna," katanya dalam sidang akhbar bersama FAMA yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarahnya, Mansor Omar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE