Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, kemudahan itu bagi memberi keselesaan kepada warga kota khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki ketika berada di laluan lampu isyarat.

Menurutnya, sebagai permulaan, tiga jalan telah dipraktikkan iaitu di persimpangan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

“Kemudahan ini dibuat khas bagi menjamin keselamatan penunggang motosikal dan pejalan kaki di samping mengelakkan motosikal berada di lorong antara kenderaan lain seperti kereta, lori dan bas.

“Zon khas ini juga mampu menempatkan lebih 20 buah motosikal dalam satu-satu masa dan ia dilihat lebih kondusif serta selamat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau zon khas tersebut di Jalan Raja di sini.

Video oleh FAUZI SUHAIMI

Dalam pada itu, Mhd. Amin Nordin berkata, DBKL akan mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk diwujudkan zon khas tersebut.

Menurutnya, mengikut pe-rancangan zon ini mahu diwujudkan untuk satu jalan dalam tempoh sebulan tetapi beberapa perkara perlu dipertimbangkan.

“Ini termasuk kapasiti penggunaan motosikal dan keperluan agar tidak menyusahkan pihak lain.

“Tempoh tiga bulan ini masih di peringkat mendidik semua pi­hak sebelum tindakan pe­ngu­atkuasaan diambil,” katanya.