Dia tidak perlu meninggalkan kampung dengan mengusahakan tanaman cili di tapak seluas 0.6 hektar di Kampung Raja, Tepoh di sini yang menjadi sumber rezeki berterusan dengan pendapatan agak lumayan.

 Di tapak berkenan, bapa kepada empat orang anak itu menanam hampir 3,600 pokok cili jenis kulai kampung, dan mampu memperoleh hasil sehingga lebih RM30,000 setiap kali dituai.

"Penuaian dibuat dua kali  setahun dan hasil yang diperoleh akan saya bawa terus ke pasar borong untuk dijual.

"Harga pasaran cili bergantung kepada harga semasa, hari ini nilainya adalah RM14 sekilogram dan ia pernah mencecah sehingga RM25 sekilogram terutama pada musim perayaan.

 Beliau menyatakan demikian kepada pemberita dalam program penarafan penuaian 1.0 juta pokok cili oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.

Che Wan Mohd. Saidi merupakan antara 17 petani di negeri yang turut serta dalam program berkenaan dengan sasaran penuaian membabitkan keseluruhan 31,267 pokok cili di 15 lokasi di setiap daerah.-UTUSAN ONLINE