Serba kuning suasana di segenap ruang Ampang Superbowl, Bangi Gateway di sini dengan ke­hadiran kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada wakil media dan kakitangan MPKj.

Yang Dipertuanya, Mohd. Sa-yuthi Bakar berkata, program itu menjadi platform berkesan dalam merapatkan hubungan pihak PBT dan media melalui aktiviti sihat dan santai.

Menurutnya, aktiviti riadah perlu menjadi budaya dalam kehidupan setiap individu walau sibuk mana pun berdepan pelbagai tugasan dan tekanan kerja.


Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN

“Masa bersantai bersama keluarga dan rakan usah diabaikan.

“Penganjuran aktiviti ini juga merupakan ruang bagi semua pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar mengenali antara satu sama lain lebih dekat.

“MPKj mengharapkan kerjasama yang lebih berkesan dengan pihak media dapat dijalinkan,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan baru-baru ini.

Kejohanan tersebut disertai agensi pengamal media antaranya daripada Utusan Malaysia, Sinar Harian, The Star dan Media Prima yang bersaing sesama sendiri dalam tiga pusingan permainan.

Berlangsung tepat pada pukul 10.30 pagi balingan boling pertama oleh Mohd. Sayuthi menjadi gimik perasmian kejohanan sebelum persaingan sengit yang dipamerkan di setiap lorong dalam jatuhan pin masing-ma­sing.

Setiap yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong apabila ke-semua organisasi media diraikan dan diberi hadiah penghargaan agar tidak berputih mata walaupun mata tercorot diperoleh.