Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Berkata,  dua kampung berkenaan yang terjejas akibat hujan lebat sejak malam tadi adalah Kampung Batu dan Kampung Pulau.

"Kita akan salurkan bantuan selewat-lewatnya esok dan buat masa ini, pelbagai agensi termasuk bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang untuk membantu penduduk membersihkan rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Batu di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, seramai 200 orang terjejas akibat banjir yang mencecah ketinggian 0.6 meter. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD. RAZAK AID