Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] ‘Ruby’ dinobat kucing fantasia

PEGAWAI Veterinar GV44 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, 2
PEGAWAI Veterinar GV44 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr. Khairina Akmar Khalid (tengah) bersama Penaung Kelab Kucing Fantasia Selangor dan Kuala Lumpur, Zakiah Mansor (kiri) dan Presiden kelab, Mohd. Azhar Mohd. Noor (tiga dari kiri) teruja melihat corak bulu seekor kucing baka Bengal pada Pertandingan Pencarian Kucing Fantasia anjuran Kelab Kucing Fantasia Selangor dan Kuala Lumpur di D'Pulze, Cyberjaya, hari ini. - MOHD NAJIB MOHD NOR/UTUSAN

CYBERJAYA 25 Feb. - Si comel daripada baka tempatan bulu panjang, Ruby muncul sebagai kucing fantasia selepas dinobatkan pemenang dalam satu pertandingan melibatkan 88 ekor kucing di pusat beli-belah D’Pulze, Cyberjaya, di sini.


Presiden Kelab Kucing Fantasia Selangor dan Kuala Lumpur, Mohd. Azhar Mohd. Noor berkata, haiwan peliharaan Mahadi Tamrin, 40, dari Sabah itu mendapat undian tertinggi pengunjung, sekali gus menewaskan tiga lagi pemenang bagi kategori berasingan.

“Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu kucing asli bulu panjang, kucing asli bulu pendek, kucing rumah bulu panjang dan kucing rumah bulu pendek dengan juara bagi setiap kategori masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.

“Juara untuk gelaran kucing fantasia pula dipilih antara empat pemenang kategori ini. Pertandingan dinilai berdasarkan aspek kebersihan, kecantikan dan kemesraan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Kelab Kucing Fantasia Selangor dan Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain