Urusetia program, Wan Nordin Wan Mahmud berkata, karnival di pekarangan Balai Polis TTDI itu dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat selain menjadi platform dalam menyalurkan maklumat berkaitan agensi kerajaan.

“Program yang julung kali diadakan ini mendapat penyertaan memberangsangkan daripada pasukan polis dan bomba TTDI, Persatuan Penduduk TTDI, Persatuan Penduduk Bukit Kiara dan masyarakat sekitar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Program yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang itu menyaksikan beberapa acara dipertandingkan antaranya bola sepak, futsal, bola jaring, sukaneka, karaoke dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. - UTUSAN ONLINE