Program Sehari Bersama, Sedekad Terasa anjuran pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering semester empat itu merupakan sebahagian aktiviti khidmat masyarakat, bertujuan menaman sikap prihatin terhadap golongan tidak bernasib baik.

Pengarah program, Muhammad Najmi Omar, 20, berkata, program itu juga adalah bagi memenuhi keperluan penilaian kerja kursus yang ditetapkan dalam kokurikulum pengajian mereka.

“Pada masa sama, ia dapat melatih pelajar mengurus dan mengendalikan sebuah program berbentuk kemasyarakatan dan memberi 1,001 pengalaman baharu kepada mereka menyelami kehidupan golongan terbabit,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 2 petang itu antaranya sukaneka, khidmat gunting rambut, ceramah kesihatan serta pemberian sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan asas. - UTUSAN ONLINE