Demikian peribahasa sesuai bagi menggambarkan perpaduan erat yang dipamerkan kira-kira 100 penduduk sekitar dari Taman Kuchai Jaya, Kuchai Lama, di sini menerusi Program Gotong-Royong Perpaduan dan Sepakat Komuniti 1Malaysia Kuchai Entrepreneurs Park hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, program tahunan disertai pelbagai lapisan masyarakat itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan ceria selain menjadi medan dalam memperkukuhkan lagi hubungan komuniti.

“Saya harap usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia banyak memberi kebaikan kepada semua. Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan sesama penduduk,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Program dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tersebut merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kuchai Jaya. - UTUSAN ONLINE


Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN