SAPAWI AHMAD

Exco Penerangan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata, hal demikian kerana kualiti kerja amat penting malah perlu dijadikan budaya bagi membolehkan sesuatu matlamat atau perancangan-perancangan dapat dilaksanakan sebaik­nya serta mencapai sasaran.

“Sehebat mana strategi atau perancangan, hasilnya tidak akan tercapai jika kualiti kerja tidak diletakkan sebagai keutamaan.

“Bukan sahaja sektor awam, mana-mana sektor pun perlu meng­utamakan kualiti kerja supaya barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, menepati kehendak orang ramai,” katanya ketika berucap dalam perjumpaan khas bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jasa negeri, Manap Lakariba.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang memberitahu, kualiti kerja akan menjadikan seseorang itu beramanah dan telus serta bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan termasuk dalam menjaga kerahsiaan kerajaan.

Bercakap tentang pe­ranan Jasa, ujarnya, agensi kerajaan itu me­rupakan harapan kerajaan terutama dalam menyalurkan maklumat-maklumat yang tepat kepada rakyat.

Malah jelasnya, Jasa mempunyai tanggungjawab yang khusus dan istimewa selain memainkan peranan pen­ting dalam memastikan rakyat menyedari serta memahami usaha-usaha yang dilakukan kerajaan.

Menurutnya, rakyat memerlukan maklumat yang tepat dan benar berhubung agenda dan usaha-usaha kerajaan.

“Kalau mereka ini tidak diberikan maklumat yang tepat dan benar, ini boleh menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dengan fitnah-fitnah yanag disebarkan. Penting bagi Jasa memikirkan perkara ini,” katanya.