Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, pusat itu berperanan dalam penyelidikan, pembangunan pelajar, akademik, penjenamaan dan pemerkasaan sumber manusia.

“USIM komited untuk melahirkan siswazah yang mahir dalam pengetahuan ilmu ‘naqli’ dan ‘aqli’ serta mampu menguasai pelbagai bahasa yang merupakan satu ke­lebihan dalam pasaran pekerjaan.

“Pusat ini yang dibuka pada tahun lalu merupakan langkah ke hadapan bagi memastikan kualiti dalam pendidikan bahasa asing yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis pelancaran pusat itu di kampus universiti berkenaan di Nilai di sini.

Pusat tersebut telah dilancarkan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Prof. Madya Dr. Noor Azizi Ismail.

Dalam pada itu, Musa berkata, seiring dengan pelancaran pusat itu, karnival mini kebudayaan Jepun akan diadakan di universiti itu pada bulan ini sekali gus meraikan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan Malaysia dan Jepun.

Sementara itu, Miyagawa ketika berucap merasmikan pusat itu berkata, beliau bangga kerana kebudayaan dan bahasa dari negaranya telah dipilih oleh USIM untuk dipromosi dan diperkenalkan dalam kalangan pelajar.