Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Prof Emeritus Datuk Dr.Kamaruddin Hussin berkata, pembangunan IoT, satu pendekatan inovasi yang merujuk kepada pemusatan pelbagai teknologi komunikasi tanpa wayar kepada internet.

“Buat permulaan, UniSZA te­lah memulakan digital hab di kampus Besut dan akan disusuli program ladang tenusu di Ladang Pasir Akar dalam mewujudkan konsep kerjasama pintar digital serta pertanian pintar.

Beliau berkata kepada pembe­rita selepas majlis Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sul­tan Zainal Abidin (UniSZA) 2017 di Kuala Nerus, baru-baru ini.

Hadir sama, Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latiff.

Dalam majlis tahunan kali ke­tiga itu, bagi meraikan para pe­tugas media yang membantu menyebarkan perkembangan ins­­titusi pengajian tinggi itu, sebanyak 28 anugerah diberikan.

IoT berkait dengan segala peranti elektronik (objek) yang dapat berkomunikasi sesama sendiri melalui internet bagi rangkaian gerak kerja secara automasi de­ngan tindakan pemantauan yang mudah, cepat dan berkesan.

Selain itu katanya, UniSZA juga akan juga akan membangunkan sistem pengurusan bencana sebagai amaran awal buat masyarakat setempat dan reaksi pantas gerak kerja menyelamat.

“Ketika ini Timbalan Naib Cansleor Penyelidikan dan Inovasi universiti telah pun me­ngadakan mesyuarat berhubung perkara itu, untuk langkah susulan,” katanya.

Perkembangan itu kelak katanya, secara tidak langsung dapat menaikkan lagi nama universiti awam ke-18 di Malaysia itu sebaris institusi lain terutama dalam apsek penyelidikan,”katanya.