Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ulik mayang, silat kura-kura Terengganu bakal ke Istana Budaya

Ulik mayang, silat kura-kura Terengganu bakal ke Istana Budaya 2
PERSEMBAHAN silat Kura-kura pada Majlis Perasmian Pesta Pantai, Visit Beautiful Terengganu di Batu Burok malam tadi. - UTUSAN ONLINE/Gambar AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 19 Mac - Persembahan tradisi popular Terengganu, ulik mayang dan silat kura-kura bakal dipentaskan di Istana Budaya sebagai permulaan baharu ke arah melestari serta menyemarakkan kecintaan masyarakat Malaysia terhadap seni budaya dan warisan negeri.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, penganjuran julung kali Malam Seni Budaya Terengganu di pentas berprestij itu secara tidak langsung dapat memartabatkan dan seterusnya memperkenalkan keunikan serta kepelbagaian produk seni tempatan ke skala lebih besar dan gah.

Katanya, perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut akan diperincikan dengan kerajaan negeri Terengganu dalam masa terdekat dan sekiranya berjalan lancar, inisiatif berkenaan dirancang untuk diadakan selepas Julai depan.

“Terengganu memiliki banyak seni budaya dan warisan, sejak kecil lagi saya minat persembahan ulik mayang dan buat kali pertama malam ini saya berpeluang melihat silat kura-kura.

“Saya percaya untuk menghidupkan aktiviti sebegini maka saya kena bawanya bersama, jadi saya memikirkan mungkin boleh diadakan selama beberapa hari misalnya di Istana Budaya dengan turut membawa makanan tradisi Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Thambi; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong dan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain