Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UiTM beri peluang kedua kepada lepasan SPM, STPM

HASSAN SAID (dua dari kiri) menerima borang pendaftaran ke UiTM
HASSAN SAID (dua dari kiri) menerima borang pendaftaran ke UiTM daripada peserta dalam Program Selangkah Ke UiTM di SMK Bandar Putra, Segamat, Johor, kelmarin.

SEGAMAT 28 Mac – Program Selangkah Ke UiTM: Mendekati Masyarakat memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, UiTM menawarkan peluang kedua kepada sekurang-kurangnya 3,000 calon yang gagal kali pertama untuk memasuki universiti.

“Peluang kedua ini diberikan kepada pelajar di lokasi tertentu dan pada kali ini, daerah Segamat dipilih sebagai lokasi pertama program dan tumpuan diberikan kepada lepasan SPM dan STPM kaum bumiputera.

“Terdapat pelajar yang memperoleh kelayakan akademik yang baik, namun gagal melanjutkan pengajian kerana meritokrasi dan program ini merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk me­rebut peluang tersebut,” katanya dalam Program Selangkah Ke UiTM di Dewan Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, di sini semalam.

Pihaknya menyasarkan 200,000 penuntut menjelang tahun 2020 dan hingga kini mempunyai lebih 500 program pe­ngajian, 26 fakulti serta 35 kampus cawangan di seluruh negara.

“Saya percaya penuntut bumiputera mampu cemerlang sama seperti kaum-kaum lain sekiranya diberikan peluang dan UiTM juga menggalas amanah besar dalam memastikan kejayaan mereka.

“Setakat ini sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan program ini bergerak ke beberapa lokasi lain di seluruh negara bagi memberi peluang ke­dua kepada mereka yang gagal ketika permohonan pertama,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain