TENGKU PUTERA TENGKU AWANG

Pengerusi Jawatankuasa Pe­rin­dustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yakin, projek itu merupakan satu langkahan besar bagi memenuhi hasrat dan keperluan rakyat khususnya kalangan muda dan menepati keperluan pelabur.

‘‘TTT di Telaga Papan Setiu ini bukan perkara kecil tetapi juga dengan hasrat untuk melibatkan pantai timur lebih dekat dengan negara-negara di sebelah timur (dalam hubungan dagang),’’ katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

TTT yang berasaskan Revolusi Perindustrian Keempat akan dibangunkan di atas tapak seluas 800 hektar disasarkan sebagai pusat pertumbuhan digital wilayah yang memberi keutamaan kepada industri kan­dun­gan komunikasi, infrastruktur dan tek­nologi baharu.

Menteri Besar, Da­tuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman keti­ka membentangkan Ba­jet 2018 negeri, baru-
baru ini, memberitahu berhu­bung titik sentuhan ke-24 itu, TTT dirancang dengan teliti dalam persekitaran biodiversiti tanah bencah Setiu dan berhampiran dengan tapak rancangan pembinaan stesen Laluan Rel Kereta Api PantaiTimur (ECRL).

Menurut Ahmad Razif, pelaksanakan projek ini yang bakal melibatkan peruntukan seba­nyak RM20 juta dan dijangka dapat mewjudkan 10,000 peluang pekerjaan merupakan strategi penting dalam merealisasikan keseimbangan pembangunan antara wi­layah.

Sementara itu, Teng­­ku Putera berkata, kerajaan negeri turut melihat potensi kewujudan hab inudstri marin termasuk di kawasan Pulau Kerengga Marang jika terdapat kesediaan sektor swasta tempatan yang sudah mempunyai kepekaran dan kemahiran untuk menjayakannya.

Katanya, ia boleh dijadikan sebagai pusat penyelenggaraan kapal-kapal industri dan perdagangan yang selama ini terpaksa tertumpu ke Singapura dan di pantai barat kerana ketiadaan kemudahan itu di kawasan Pantai Timur.

“Kerajaan negeri akan membantu apa yang sepatutnya, walaupun tidak mampu membantu keseluruhannya agar dapat memberikan lagi keyakinan,” ujarnya.