Namun, kata Redhuan, ketika kejadian dia merasa tidak sedap hati dan terus memakai topi keledar sebaik sesi persekolahan tamat pada kira-kira 2.15 petang.

“Ketika dalam perjalan balik, saya ternampak suspek sedang berjalan sambil membawa sebilah parang panjang dari arah bertentangan.

“Belum sempat saya menyapanya, tiba-tiba dia terus meluru dan melibas parang hinggap di bahagian pipi sebelah kanan saya. Mujur saya masih pakai topi keledar, kalau tidak melayang nyawa saya,” katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Bahagia di sini hari ini.

Akibat kejadian tersebut, Redhuan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam menerima 60 jahitan di bahagian pipinya.. - UTUSAN ONLINE