Pengurus Besar TM negeri, Azman Yusof berkata, setiap NGO tersebut menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

 Beliau berkata, sumbangan tersebut sempena kejayaan mencatatkan 1,000,000 pelanggan UniFi di seluruh negara pada bulan Ramadan lalu.

 "Kami bersyukur apabila merekodkan kejayaan penting ini pada Ramadan lalu. Dengan itu, saya amat teruja mengumumkan bahawa 10 NGO terpilih untuk menerima sumbangan dari Kumpulan TM.

 "Kelantan menyumbang pelanggan melebihi 2,000 akaun dan jumlah itu terus meningkat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan UniFi khususnya di Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Jeli keran melanggan produk ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di sini hari ini.

 Di antara NGO yang mendapat sumbangan itu ialah Pondok Tahfiz Anz Al Hasyimi; Persatuan Kebajikan Al Rahman Kelantan;  Kelab Wanita Penyayang Daerah Machang dan  Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). - UTUSAN ONLINE