Perubahan sikap perlu ada pada umum untuk menerima hakikat sebenar bahawa golongan OKU boleh bekerja dan berdikari hingga mampu menyumbang keringat untuk kepentingan masyarakat dan negara. 

Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PPOC) antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan untuk membajai insan istimewa ini terus mendepani realiti hidup yang semakin mencabar.

Wartawan Utusan Malaysia, AMIRUL AIMAN ANUAR bersama juru foto NASIRRUDDIN YAZID menemu bual Naib Presiden PPOC, DATUK NORMINSHAH SABIRIN bagi berkongsi mengenai peranan persatuan dan sokongan latihan yang digembleng untuk membantu golongan ini.  



 

UTUSAN MALAYSIA: Boleh kongsikan sedikit latar belakang penubuhan PPOC.

NORMINSHAH SABIRIN: PPOC ditubuhkan hasil ilham isteri Perdana Menteri Keempat, Tun Siti Hasmah Mohamed Ali pada tahun 1972.

Objektif penubuhan bertujuan mewujudkan suasana selesa dan mesra orang kurang upaya (OKU) dan beroperasi sejak tahun 1988 di Rumah Insaniah Tun Dr. Siti Hasmah, Petaling Jaya.

Misi murni itu diterajui Pre­siden PPOC, Dr. Mahmood Merican untuk menggalakkan kerja-kerja melatih melalui pendekatan vokasional.

Bengkel yang ada sekarang ini dapat membuktikan bahawa orang-orang cacat dapat bekerja dengan produktif akan menggalakkan syarikat perkila­ngan tampil mencebur diri dalam per­usahaan usahasama.

Apakah syarat kelayakan seseorang OKU itu untuk diterima masuk ke PPOC?

Kemasukan adalah terbuka kepada mana-mana individu OKU lelaki dan perempuan yang berdaftar dan mempunyai kad OKU sah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan perlu mencapai umur 18 tahun ke atas.

Penerimaan kemasukan daripada berbilang bangsa dan agama termasuk latar belakang kedudukan sosioekonomi keluarga.

Tahap kesihatan dan kecaca­tan seseorang itu juga akan dinilai terlebih dahulu berdasarkan surat akuan doktor dari klinik atau hospital kerajaan.

Kemampuan menjaga diri sen­diri amat penting bagi mengelak sebarang bahaya kepada diri sendiri dan penghuni lain.

Bagaimanakah dengan kemudahan yang disediakan di pusat ini?

Penghuni berdaftar dengan P­POC boleh menetap di sini de­ngan kemudahan penginapan yang juga mesra kepada OKU berkerusi roda. Dibahagikan kepada dua bangunan iaitu Asrama Wanita dan Asrama Lelaki dan mampu menampung sehingga 60 orang penghuni dalam satu-satu masa.

Mereka juga akan diawasi oleh penyelia berpengalaman dan terlatih yang turut dibantu beberapa kakitangan sokongan lain. Kemudahan kantin juga turut dikendalikan tukang masak terlatih bagi memastikan makanan ha­rian yang dihidangkan memenuhi selera penghuni serta berkhasiat. Syukur kebanyakan bahan masakan seperti ayam mentah dan beras disumbangkan ikhlas daripada beberapa individu prihatin.

Apakah jenis latihan kerja yang boleh diraih penghuni?

Penghuni akan dilatih me-lakukan sekurang– kurangnaya satu jenis kerja. PPOC menyediakan per­khidmatan mengambil upah untuk menjahit baju dan membuat kraf tangan termasuk tembikar dan bakul serta bara­ngan lain.

Sepanjang tempoh bekerja itu mereka akan dipantau oleh beberapa penilai bagi membantu, mengawal dan mengelak sebarang masalah yang kemungkinan berlaku semasa dalam bengkel.

Setiap hasil kerja akan dicatat dan seterusnya dinilai sebelum upah diberi kepada setiap orang dan ini adalah salah satu tujuan utamanya iaitu melatih OKU untuk mampu menyara hidup mereka.

Beberapa buah syarikat juga telah memberi kontrak untuk upah menjahit pakaian dan menyedia bahan pembungkus makanan berasaskan daripada ­kertas.

Sejauh mana aspek pendidikan diberi perhatian kepada penghuni kerana kesemua mereka ber­umur 18 tahun ke atas?

Menyedari kebanyakan yang diterima ma­suk merupakan dalam kategori cacat lambat belajar, pendidikan tahap asas turut dilakukan melalui aktiviti ilmiah meliputi pe­ngajaran mengeja, membaca, me­­ngira dan mewarna. Ia ba­gi meningkatkan tahap pembelajaran me­reka yang akan berjalan selama satu jam sehari oleh kakitangan separuh masa.

Namun demi­kian, ta­hap celik mereka yang terbatas itu membukti­kan sebaliknya jika ilmu dalam bidang sukan turut didedahkan.

Boleh jelaskan se­cara terperinci me­ngenai latihan dan pendedahan OKU da­lam bidang ter­sebut?

Aktiviti riadah atau sukan turut dipupuk kerana me­nyedari mampu me­nyun­tik motivasi tinggi kepada peng­huni dengan kemam-puan masing-masing selain me­ningkatkan tahap kesihatan.

Terdapat bilik gym yang me­nempatkan peralatan sukan de­ngan latihan dikendalikan oleh pelatih separuh masa pada setiap hari Isnin dan Rabu sebelah petang.

Mereka turut didedahkan da­lam sukan memanah serta bola keranjang dan hari ini beberapa bakat sukan yang kini sudah bergelar atlet paralimpik di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) berjaya dikete­ngahkan.

Bagaimanakah cara orang ramai untuk memberi sumbangan secara terus kepada PPOC?

Khidmat tenaga pe­latih dan kesu­karelawan menjadi keutamaan selain kewa­ngan. Alhamdulillah PPOC hingga kini mampu berdiri hampir 30 tahun melalui hasil sumba­ngan masyarakat sama ada melalui wang tunai, tenaga atau barang-barang ke­perluan yang hanya mampu dibalas dengan pemberian resit penge­cualian cukai sahaja.