Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan itu adalah hak mutlak Sultan serta Istana Kelantan dan tidak harus dikaitkan dengan Kerajaan Pas Kelantan.

Justeru, katanya, jika ada mana-mana pihak yang mendakwa keputusan dibuat atas nasihat Kerajaan Pas Kelantan maka mereka sebenarnya telah menghina Sultan dan pihak istana.

“Pihak istana boleh beri dan tarik balik anugerah bila-bila masa sahaja tanpa sebarang alasan.

“Komen-komen yang mengatakan ada nasihat daripada Kerajaan Pas Kelantan adalah tidak betul kerana bukan kerja kita untuk memberi nasihat.

“Istana bertindak atas pertimbangan sendiri dan pihak yang menuduh sebaliknya sebenarnya telah menghina Istana kerana seolah-olah mendakwa Istana mengambil pandangan sebelah pihak dan bertindak atas pertimbangan politik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE