Wan Nawawi terajui TDM
Wan Nawawi 

Pelantikan Wan Nawawi,60, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Oklahoma Amerika Syarikat dan berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam itu berkuat kuasa mulai 29 Ogos lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Datuk Mohamat Muda dalam satu kenyataan berkata, beliau dan ahli-ahli lembaga pengarah

mengalu-alukan pelantikannya dan akan memberi kerjasama penuh dalam memikul amanah dan tanggungjawab untuk negeri dan rakyat.

“Kami yakin beliau dapat membawa TDM, anak syarikat kerajaan negeri yang menerajui sektor perladangan dan perkhidmatan kesihatan ke tahap yang lebih tinggi untuk mencapai matlamat kami seperti yang dibentangkan dalam Model Transformasi TDM 2022,”ujarnya.

Wan Nawawi memulakan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam dalam tahun 1981 dengan pelbagai peranan yang besar untuk negeri.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Projek Khas), Timbalan Pengarah Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu Unit (SEPU), Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Pegawai Kewangan negeri sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan sejak Ogos 2016.-UTUSAN ONLINE