Presidennya yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Walkaton itu, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamed berkata, selain membantu Siti Aisyah Sofea, dana berkenaan juga akan disalurkan untuk Tabung Kaseh OKB bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang lain.

"Ini adalah kali pertama kita mengadakan Walkaton Kaseh OKB yang mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Prihatin Rakyat Machang (Peramah) , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Daerah Machang.

"Walkaton ini akan diadakan pada 19 Ogos ini di Padang Majlis Daerah Machang bermula pada pukul 7 sehingga 10 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Walkaton Kaseh OKB Peramah Siti Aisyah APM di sini hari ini.

Sheikh Ahmad Dusuki berkata, pihaknya amat mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam Walkaton Kaseh OKB ini bagi membantu mereka yang memerlukan. - UTUSAN ONLINE