Haiwan itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Datuk Sabri Mohd Nor dan Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifli Jusoh yng diagihkan melalui 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K)

Sabri ketika ditemui memberitahu, lembu yang dibahagikan kepada setiap J3K itu disembelih di kampung masing-masing sebelum dagingnya diagihkan kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata, seekor daripada lembu itu untuk Penyelaras UMNO DUN yang disembelih di Sungai Tong, di sini, hari ini.

“Pengagihan ini membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.-UTUSAN ONLINE